Cinta ♥
Saturday, 26 November 2011 | 0 comments
Cinta itu amat mudah , namun erti cinta itu amat dalam maknanya . Cinta tidak pernah meminta , ia sentiasa memberi , Cinta membawa Penderitaan , tetapi tidak pernah berdendam , tak pernah membalas dendam . Dimana ada Cinta , di situh ada Kehidupan , dan Kebencian membawa kepada kemusnahan . Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar , tetapi kenape Tuhan hanya memberi sekeping hati untuk setiap manusia ? Kerana Tuhan telah memberikan separuh hati itu lagi pada seseorang untuk kita mencarinya . Itulah namanya Cinta <3 Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh . Putus cinta memang memedihkan . Perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa . Kalau bersedih kerana Cinta , anggaplah kesedihan itu seperti Hujan , walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua :-) Ada dua titis airmata mengalir di sebuah sungai . Satu titis tu menyapa airmata satu lagi . 'Saya airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya . Siapa pula kamu ?' Jawab titis airmata kedua , 'Saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu pergi begitu saja .' Cinta sejati adalah ketika Dia mencintai orang lain , dan kita masih mampu tersenyum , dan bahagia buatnya . Jika kita mencintai seseorang , kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita :-) Kalau bersedih kerana cinta , Anggaplah ia seperti Hujan , walau selebat atau selama mana pun pasti akan reda jua . Jangan kerana cinta , kita menjadi lemah . Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan . Kesetiaan akan mengikat cinta , kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta . jangan mencintai seseorang seperti bunga , kerana bunga pasti akan mati bila musim berganti . Cintailah seseorang itu seperti sungai . kerana sungai mengalir selamanya . Cintailah seseorang itu atas siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya . Kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika benar kita mencintainya . Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu . Cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit , Orang gemuk menjadi kurus , Orang normal menjadi gila , Orang kaya menjadi miskin jika Cinta itu disambut doleh Pencinta palsu . Minat bukan bermaksud cinta , bangga bukan bererti cinta , kagum juga bukan maksod cinta . Tetapi , cinta itu adalah cinta . Mungkin apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya . Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal yang paling terindah kita pernah alami :-) Iloveyouuuu , Mohd Yazsallatif <3 #copyy jea puun :') |